9.3) Aloi



■ Aloi adalah campuran dua atau lebih logam (seperti gangsa atau loyang) atau logam dengan sedikit bukan logam (seperti keluli).
■ Pengaloian

Proses pencampuran atom asing ke dalam logam tulen.

Apabila bendasing (atom asing) ditambahkan kepada logam tulen, sifat logam tulen akan berubah.

Utuk memperbaiki kelemahan dan struktur logam tulen.
■ Pengaloian mengubah sifat sesuatu logam.

Menambah kekerasan logam
Aluminium ditambah dengan magnesium dalam komposisi dalam komposisi yang sesuai untuk menghasilkan aloi yang bersifat keras dan ringan.

Mencegah kakisan
Kromium dan nikel ditambah dalam ke dalam besi dengan kuantiti yang kecil untuk menghasilkan keluli nirkarat yang tahan karat.

Membaiki rupa bentuk logam
Kuprum ditambah dengan zink dalam amaun yang kecil, aloi loyang yang mempunyai permukaan yang berkilat, akan terhasil.
■ Contoh-contoh aloi dan komposisi, sifat serta kegunaannya.

AloiKomposisiSifatKegunaan
KeluliBesi 99.9%
Karbon 0.5%
Keras, kuatMembina rumah, jambatan, mesin, kenderaan dan sebagainya
PiuterTimah 97%
Antimoni dan kuprum 3%
Permukaan yang berkilat, tahan kakisanMembuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar
GangsaKuprum 88%
Timah 12%
Keras, tidak berkaratMembuat duit syiling, pisau dan sebagainya
LoyangKuprum 75%
Zink 25%
Kuat, permukaan berkilat, mudah ditempaMembuat kunci, alatan muzik dan sebagainya
DuraluminAluminium 95%
Kuprum 3%
Magnesium 1%
Mangan 1%
Ringan, kuat, tahan kakisanMembuat badan kenderaan seperti bas, kapal terbang, kereta api dan sebagainya
- Hubungan antara Sifat-sifat Aloi dengan Susunan Zarahnya

■ Susunan zarah dalam logam tulen.

Saiz atom dalam logam tulen adalah sama dan disusun secara rapat membentuk lapisan-lapisan atom, dan ini menyebabkan logam tulen lembut dan kurang kuat.

Lapisan-lapisan atom ini mudah menggelongsor atas satu sama lain apabila dikenakan daya.
■ Susunan zarah dalam aloi.

Apabila atom-atom logam lain dengan saiz yang berlainan ditambahkan kepada atom-atom logam tulen, hal ini mengganggu susunan lapisan-lapisan atom dan menyukarkan atom-atom itu menggelongsor atas satu sama lain.

Sedikit logam lain ditambahkan kepada logam tulen untuk menjadikannya lebih keras dan lebih kuat.
■ Persamaan antara aloi dengan logam tulen.

Kedua-duanya adalah konduktor haba dan elektrik yang baik.
■ Perbezaan antara aloi dengan logam tulen.

PerbezaanAloiLogam tulen
Rupa bentukMempunyai permukaan yang sangat berkilatMempunyai permukaan yang berkilat
KetertempaanTidak boleh ditempaBoleh ditempa
KemuluranTidak mulurMulur
KekerasanKerasLembut
KekuatanKuatLemah
Ketahanan terhadap kakisanYaTidak



- Kepentingan Aloi Dalam Industri

■ Aloi superkonduktor


Konduktor elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya pada rintangan sifar apabila disejukkan pada suhu yang sangat rendah.

Dapat menjimatkan elektrik jika dibandingkan dengan konduktor yang dibuat daripada kuprum.

Mempunyai sifat magnet.
■ Kegunaan aloi superkonduktor dalam industri

BidangKegunaan
PengangkutanPenggunaan magnet dalam kereta api maglev meningkatkan halajunya.
Telekomunikasi dan astronomiAloi superkonduktor berupaya untuk mengesan sinaran pada panjang gelombang yang tidak dapat dikesan oleh alat yang sedia ada.
PerindustrianAloi superkonduktor dapat digunakan untuk menjanakan kuasa dan meningkatkan kestabilan tenaga yang disimpan selepas penjanaan. Wayar elektrik yang dibuat daripada aloi superkonduktor dapat menghantar arus elektrik untuk jarak yang jauh tanpa kehilangan tenaga.
PerubatanElektromagnet superkonduktor dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk memeriksa organ yang tertentu secara visual pada skrin komputer.
ElektronikSuis yang mengawal litar elektrik dalam komputer dapat beroperasi pada kadar yang sangat cepat dan tidak menghasilkan haba.
KetenteraanAloi superkonduktor digunakan untuk mengesan periuk api di laut.

 - Eksperimen untuk menguji kekerasan aloi dan logam tulennya

TUJUAN PENGALOIAN.
MENAHAN KAKISAN : Lapisan
oksida di atas permukaan logam.
MEMBAIKI RUPA LOGAM :
Aloi mengekalkan kekila...

- Kegunaan aloi dan tujuan pengaloian

GANGSA.
KELULI TAHAN KARAT.
DURALUMIN.
KELULI MANGAN.

KEGUNAAN ALOI.
CUPRO-NICKEL.
PEWTER.
TEMBAGA
BESI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9.1) Pembuatan Asid Sulfurik